DAKWAH MENJANA TRANSFORMASI UMMAH

BADAR & AN-NUQABA' MRSM TAIPING

ISI DAKWAH

view:  full / summary

You Are What You Eat

Posted by syazwani on December 30, 2011 at 1:05 AM Comments comments (0)


" Doa yang dipanjatkan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh sekalipun tetapi orang itu bergelumang dengan makanan, minuman, pakaian dan pemenuhan segala keperluan hariannya dengan cara-cara yang haram, doa itu ditolak oleh yang maha pemberi. "

 

 

buat saudara saudari seagama, marilah kita meneliti makanan -makanan yang dipuji oleh AlQuran dan Hadis...salah satu daripadanya ialah MINYAK ZAITUN.

 

"(Kami tumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan." (Surah al-Mukminun, ayat 20)

 

Abi Usaid menceritakan yang Rasulullah pernah berkata,

"Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya.Minyak zaitun berasal daripada pohon yang diberkati." (Direkodkan oleh at-Tirmizi)

Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam Quran dan hadis?

Minyak zaitun ini selain rasanya yang lazat digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang. Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkamke bumi sehingga nampak berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun -tamadun yang menanamnya. Pohon zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa...

Menurut peubatan moden....

Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka.

Menurut Barnard, komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandunagan lemak yang bermutu tinggi...

Wahai rakan-rakan..ayuh kita renungkan dan amalkan dalam pemakanan kita seharian..InsyaAllah

WATCH YOUR FOOD! YOU ARE WHAT YOU EAT!!

Seloka Marhaban Ya Ramadhan

Posted by Abdul Aziz Al-Hafiz on August 6, 2011 at 7:35 PM Comments comments (0)


Sirna senja di mega Shaaban

Menyambut tetamu bulan Ramadhan

Berbuah tangan sejuta tawaran

Belas kasih Tuhan yang Rahman

 

Setiap amal diganda kurniaan

Setiap huruf berlipat balasan

Syaitan terbelenggu berkurang peranan

Tinggal nafsu menanti latihan

Hajat dan keinginan dikekang ditahan

Seperti haiwan dalam kurungan

Perlu dijinak dengan al-Quran

Bersama zikir hati dan lisan

Bersahur jangan diawal-awalkan

Berbuka pula jangan lewatkan

Beragama jangan melampaui suruhan

Atau dikurang dan ringan-ringankan

Bersedekah bertilawah tadabbur al-Furqan

Hiasan Ramadhan jangan abaikan

Hasut bermusuhan dibalas jangan

“Aku berpuasa” slogan kemenangan

Berjamu selera jimat-jimatkan

Makan sekadar menurut keperluan

Gaza kelaparan jangan dilupakan

Banjir Pakistan jangan disepikan

Qiyam Ramadhan jangan ketinggalan

Solat Fardhu paling diutamakan

Jaga telinga jaga penglihatan

Bersih diri, hati dan keimanan

Andai ini Ramadhan perpisahan

Pulanglah dengan sejuta keampunan

Buat yang terbaik jadikan keazaman

Bersama-sama kita doakan…

 










Soalnya di Mana Ramadhan Kamu?

Posted by Abdul Aziz Al-Hafiz on August 6, 2011 at 7:20 PM Comments comments (0)


Sungguh menghairankan.

Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar-dengar, malah Nabi SAW sendiri yang memberitahu mengenainya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

Soalnya, bagaimanakah kefahaman kita tentang hal ini?

Umpamakan syaitan itu seperti anjing yang tertambat. Apakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit? Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitan. Namun, bagaimana pula dengan yang mampir kepada anjing berkenaan? Duduk bersebelahan, mengacah-acah anjing yang geram tertambat? Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malah gigitan itu mungkin lebih serius kerana anjing sedang kemarahan.

Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sebutan Nabi SAW pada sepotong hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Ramadhan mengurangkan potensi syaitan.

Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhannya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagha dan maksiat tempat jin bertandang, maka bagaimana? Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran Syaitan? Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa?

Dan ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia itu ada luar dan dalamnya. Jika anasir asingnya adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri.

“Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?” (Al-Jaatsiyyah : 23)

Maka selepas pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, sudah cukup lapangkah jalan kebaikan, dan sudah cukup susahkah jalan kejahatan?

Selepas segala kemudahan diberi untuk manusia berubah kepada kebaikan, sedangkan dirinya masih tetap melakukan kejahatan… siapa lagi yang dapat dipersalahkan melainkan dirinya sendiri?

Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kedurhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk jahat lagi keparat.

Sebagaimana puasa menjadi ibadah eksklusif antara hamba dan Allah Tuhannya, maka kejahatan di bulan Ramadhan juga akan dibalas secara eksklusif oleh Dia.

Soalnya, di manakah syaitan ditambat? Soalnya di manakah anda bakal menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syaitan bertandang? Atau di tempat turunnya rahmat Allah pada zikir dan munajat?

Hati-hati semasa melangkah.


KENAPA AKU DIUJI?

Posted by anna_nurul_iman on May 31, 2011 at 10:08 AM Comments comments (0)

Assalamualaikum

Peace be upon you

 

Bak kata orang, ujian tu asam garam kehidupan. Kalau tak diuji tu bukan manusialah. Betul ke? Betullah tu, sebab setiap manusia akan diuji,sama ada melalui nikmat mahupun musibah. Kita hanya manusia yang hanya menumpang hidup di bumi ni. Kita tak boleh lari ujian, lebih-lebih lagi ujian yang melibatkan musibah. Kena hadapi jugak!Yelah, Allah SWT dah bagi macam-macam nikmat kepada kita tapi bila dapat  musibah nak mengeluh pulak.

 

Ana buat satu analogi, perkara yang selalu kita hadapilah. Ada seorang kanak-kanak  comel ni, dia selalu dapat macam-macam daripada ibu bapa dia sampaikan dia tak perlu minta pun  tapi dapat macam tu aje. Sampai satu hari, ibunya mahu menguji ketaatan si anak dengan meyuruh anaknya ke kedai runcit berdekatan untuk membeli barang keperluan. Anak kecilyang comel ini merungut dan tidak mahu pergi kerana terpaksa berjalan kaki dalam panas terik.Pada pendapat andalah, berdasarkan akal yang waras, wajar tak si anak kecil memperlakukan ibunya sebegitu rupa?Orang dah beri macam-macam, minta tolong sikit tak boleh ke?Hhhhmm...sama jugalah dalam situasi kita sekarang. Allah SWT dah beri kita macam-macam  nikmat termasuklah yang kita tak minta pun tapi AllahSWT tetap beri sebab Dia tahu kita memerlukan-Nya, tapi bila datang ujian dari Allah SWT kita mengeluh? Wajar ke?

 

Dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

(29:2-3)

See...Allah dah turunkan ayat bahawa Allah akan uji hamba-hamba-Nya yang beriman.Semakin beriman, semakin berat Allah SWT berikan ujian. Allah SWT mahu lihat benarkah kita betul-betul beriman pada-Nya. Sedangkan Nabi AllahSWT pun diuji, inikan pula hamba-Nya yang sering lakukan dosa. Ingat,ujian yang kita alami adalah kafarah dosa-dosa kecil yang telah kitalakukan. Suppose to be kita gembira sebab Allah SWT mahu hapuskan dosa-dosa kecil kita. Bukan ke itu satu nikmat?

 

 

Tidakkiralah seberat manapun ujian Allah SWT, laluilah dengan tenang dan tabah.Jika kita redha Allah SWT itu Tuhan kita dan Nabi Muhammad SAWpula rasul kita, mengapa Qada' dan Qadar-Nya kita tidak boleh terima?Lihat, betapa sabar dan tabahnya Nabi Daud ditimpa ujian. Sehinggakanisteri dan anaknya pergi meninggalkan baginda yang sedang kesakitan.Namun baginda tetap tabah. Nabi Muhammad SAW, jika kita singkap kembali Sirah Nabawiyyah, baginda pernah dicaci, dimaki dan dibalingkan batu oleh penduduk Thaif ketika berdakwah bagi mengembangkan ajaran Islam.Baginda tetap sabar. Sabarnya baginda sehinggakan apabila malaikatJibril a.s ingin menawarkan diri untuk menterbalikkan bukit Thaif keatas penduduknya yang ingkar, baginda menolak. Mulianya dan agungnyaNabi walapun diuji sebegitu rupa.

Dalam al-Quran lagi Allah SWT berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Diamendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukankesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidaksanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kamimenghadapi orang-orang kafir."

(2:286)

Jadi,ana nasihatkan diri ana dan pembaca sekalian, yakinlah pada-Nya keranaDia tahu apa yang terbaik buat kita. Mestilah sebab dia Khalik kita.Bila dah dapat musibah, kita cuba muhasabah kembali diri kita. KenapaAllah SWT datangkan musibah? Mungkin kita terlalu alpa dan leka. Selaludengan kemewahan dunia sehinggakan kita lupa Dia yang menciptakan kita.Sehinggakan kita jauh daripada-Nya. Mujur Allah SWT berikan musibah pada kita. Ya lah, bila kita dapat musibah, kita akan terus merintih dan mengadu  pada Allah SWT. Dengan musibah itu jugalah kita sedar daripada kekhilafan kita. Barulah sedar bahawa diri kita jauh dariAllah  SWT. Syukur Allah SWT masih lagi memberi kita kesedaran melalui musibah agar kita berubah ke  arah yang lebih baik. Jika tidak,bagaimana mahu menghadap Allah SWT pada hari Akhirat kelak?

Konklusinya,sabar ye apabila diuji...Inshaa Allah, Allah SWT akan melipatgandakan pahala kita atas kesabaran kita. Mungkin ada yang mengatakan, 'cakapsenang la, cuba kena dekat diri sendiri. Kalau tulis macam ni semuaorang reti.'Terpulanglah pada diri masing-masing untuk menerima atautidak. Cuma apa yang ana nak katakan, ana juga insan yang lemah, yangkadang kala merasakan beban apabila menerima musibah. Tetapi apa gunanya kita menjadi makhluk Allah SWT. Mengadulah pada-Nya, pasti Diamendengar.

Ujian itu lumrah kehidupan.

Semoga kita sabar dan tabah menghadapi ujian daripada Allah SWTSemoga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih-Nya

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita sebelum mengadap-Nya

Semoga kita hidup dan mati dalam keadaan iman

Inshaa Allah

~may Allah bless

Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang tak baik itujuga datangnya daripada Allah SWT juga tetapi atas kelemahan ana sendiri..Mohon maaf atas salah dan silap..


 

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Posted by anna_nurul_iman on February 5, 2011 at 2:06 AM Comments comments (0)



Seorang Muslim tua di Amerika bertahan hidupnya di suatu ladang di kawasan pergunungan sebelah Timur negara tersebut iaitu Kentucky dengan cucu lelakinya yang masih muda. Setiap pagi lelaki tua itu bangun lebih awal dan membaca al-Quran di meja makan di dapurnya. Cucu lelakinya ingin sekali menjadi seperti datuknya itu dan cuba untuk menirunya dalam cara apapun semampunya.

   Suatu hari cucunya bertanya, "Datuk! Aku cuba untuk membaca al-Quran seperti yang engkau lakukan tetapi aku tidak memahaminya, dan apa yang aku fahami aku lupakan secepat aku menutup buku. Apakah kebaikan darimembaca al-Quran?"

   Dengan tenang orang tua itu meletakkan arang batu di dasar bakul, memutar sambil membuat lubang pada bakul tersebut sambil menjawab,"Bawa bakul arang batu ini ke sungai dan bawa ke mari semula dengan dipenuhi air."

   Maka cucunya itu melakukan seperti  yang diperintahkan atuknya, tetapi semua air habis menitis sebelum tiba di depan rumahnya.

    Lelaki tua itu tertawa dan berkata, "Lain kali kamu harus melakukannya dengan lebih cepat lagi."

   Maka dia menyuruh cucunya kembali ke sungai dengan bakul tersebut untuk dicuba lagi. Cucunya berlari lebih cepat, tetapi tetap juga gagal.Dengan termengah-mengah dia berkata kepada datuknya bahawa mustahil membawa air dari sungai dengan bakul yang sudah bocor. Maka cucunya mengambil baldi sebagai gantinya.

   Lelaki tua itu lalu berkata, "Aku tidak mahu baldi itu; aku hanya mahu bakul arang batu itu. Ayuhlah, usahakamu masih belum mencukupi."

   Maka lelaki tua itu pergi ke luar pintu untuk mengamati usaha cuculelakinya  itu. Cucunya yakin bahawa perkara itu mustahil untuk dilakukan tetapi dia tetap ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa sekalipun dia berlari secepat-cepatnya, air tetap akan bocor dan keluarsebelum dia sampai ke rumah.

   Sekali lagi si cucu mengambil air di dalam sungai dan berlari sekuattenaga menghampiri datuknya. Akan tetapi ketika dia sampai di depandatuknya, bakul tersebut sudah kosong lagi. Sambil termengah-mengah diaberkata, "Lihat tok, sia-sia sahaja!"

    "Jadi kamu fikir ia suatu yang sia-sia?"Tanya lelaki tua itu sebaik mendengar kata-kata cucunya.

    Lelaki tua itu berkata lagi, "Lihatlah bakulnya."

    Si cucu menurut, lalu dia  melihat ke dalam bakulnya dan untuk pertamakalinya dia menyedari bahawa bakul itu sekarang berbeza. Bakul itu telah berubah dari keranjang arang batu yang kotor menjadi keranjang yang bersih luar dan dalam.

   "Cucuku, perkara seperti itulah yang terjadi ketika kamu membacaal-Quran. Kamu tidak dapat memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya lagi, kamu akan berubah, luar dan dalam. Itu adalah kurniaan Allah dalam hidup kita."




mengapa mengeluh?

Posted by BADAR MARESMART 10/11 on February 2, 2011 at 8:05 PM Comments comments (2)

assalamualaikum ya akhi dan ukhti,


sering saja kita mengeluh pabila kita tidak mendapat sesuatu yang diingankan...

apabila kita tidak mendapat kejayaan 3.5, apabila kita tidak mendapat 8A dalam PMR dan sebagainya..

bahkan, kadangkala kita mempersoalkan mengapa allah menetapkan perkara itu terjadi untuk kita..nauzubillah..

mudah-mudahan allah mengampunkan dosa kita...

kadangkala, ade saje yang mengeluarkan kenyataan ibarat seorang yang maksum seperti:


"ya Allah, APAKAH DOSAKU sehingga perkara ini terjadi ke atasku.."


astaghfirullah, moga2 segala perbuatan kita secara sedar atau tidak itu senantiasa mendapat keampunan dari allah yang esa..

bukankah allah telah berfirman dalam surah al-baqarah yang bermaksud:


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216)


wahai, muslimin dan muslimat sekalian..

kadangkala kita selalu saja memandang apa yang tidak diberi oleh allah..

tetapi, jarang pula kita melihat nikmat-nikmat yang telah allah berikan kepada kita..

allahuakbar..

bukankah oksigen percuma itu suatu nikmat yang besar?

bukankah keluarga bahagia itu suatu nikmat yang hebat?

bukankah sahabat2 kita satu nikmat yang cukup bermanfaat?


kadangkala, perlu juga kita berfikir secara rasional mengapa allah tidak memberikan sesuatu yang amat diingini oleh kita, seperti kejayaan 3.5..mungkin saja allah tahu, jika kita mendapat 3.5, kita akan menjadi orang yang lupa diri dan tidak mendapat kejayaan dalam spm. Oleh itu, berfikirlah, renungilah dan ketahuilah jawapan itu melalui hati kecilmu yang tidak pernah berbohong itu. Jangan terlampau mengejar dunia, kerana kelak kita akan tersungkur di akhirat. ingatlah firman Allah:


"Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya." (Ibrahim 14:3)


mudah-mudahan kita bukanlah termasuk dalam golongan manusia yang mementingkan dunia lebih dari akhirat dan mudah-mudahan kita bukanlah insan-insan yang disesatkan oleh Allah, amiin..


sekian, mudah-mudahan kita bisa mengambil pengajaran dari artikel ini..


sumber rujukan:

www.surah.my



IKHTILAT

Posted by anna_nurul_iman on December 20, 2010 at 2:42 AM Comments comments (1)

Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.

Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:

“ salam..bro.Asyraf..apa pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”

Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang diatanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.

Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.

 

Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.

 

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

 

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.

Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.

 

Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.

 

Lihat ayat seterusnya:

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

 

Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.

 

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?

Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

 

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

 

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…”Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.

 

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.

 

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

 

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?

ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

 

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut:“ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

 

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?

 

Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.

Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?

Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

 

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?

 

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

 

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.

 

Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?

ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.

Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.

Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?

Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

 

Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.

“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”

“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”

Ya kah? Begitukah caranya menegur

?

Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.

Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?

Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”

 

Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”

Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?

Da’ie jenis apakah kamu?

 

Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.

Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?

Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?

Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?

 

“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”

Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?

Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.

 

Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.

 

dicopy paste dr: ms.langitillahi.com [Hilal Asyraf]

pandangan ana sebagai salah seorang pelajar maresmart:

Berdasarkan dari sudut kaca mata ana sendiri, batas pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan di maktab kita masih terkawal tetapi masih dalam zon yang membimbangkan. Ana harap kita sama-sama dapat membanteras gejala yang tak sihat ni..memang susah memandangkan kita perlu ubah batch sendiri tapi ingat, Allah tidak melihat kepada hasilnya tetapi Allah melihat pada usaha kita..insyaAllah jika kita melaksanakan sesuatu kebaikan Allah akan bantu kita...wallahu'alam..:)

~may Allah bless

Erti Syukur

Posted by srikandi on December 13, 2010 at 4:42 AM Comments comments (1)

Erti Syukur

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai 
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa




Mungkin kalian hanya mengangap bahawa lirik lagu di atas hanya sebuah lirik semata-mata. Walhal, lagu tersebut menggambarkan kisah kita sebagai manusia biasa yang sering terleka. Terleka dalam kehidupan yang tidak mengenal erti berterima kasih kepada-Nya. Tambahan pula, kita ini berat untuk menyempurnakan syariat Allah, apatah lagi melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.

Ada sahaja kelemahan yang terlihat walaupun kelebihan sesuatu perkara itu lebih besar. Contoh yang paling ketara merupakan kisah makanan yang terlebih gula atau garam. Sering kali kita ungkapkan : 'Ya Allah manisnya air !!' Kita tidak menyedari bahawa seteguk air yang kita minum merupakan kesenangan yang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan penduduk-penduduk di negara miskin.  Seitis air sahaja sudah sukar didapati. Malahan kita telah menyebut nama-Nya terlebih dahulu sebelum menghina sesuatu minuman yang telah direzekikan kepada kita contohnya. Astafirullah hal 'azhim.

Yang lebih malang lagi rezeki digunakan untuk melakukan kemungkaran. Duit yang diperoleh hasil titik peluh ibu bapa digunakan untuk membeli kasut kekasih hati. Pernahkah ibu bapa berpesan kepada kita agar suatu hari nanti kita mestilah mencapai kejayaan supaya dapat melakukan kemungkaran? Tidak,bukan? Hal ini bermakna wang yang telah digunakan untuk membeli kasut itu sudah semestinya tidak berkat, kerana hasil titik peluh mereka diberikan untuk kegunaan anak-anak dalam usaha menjadi seorang yang berguna. Selain itu,perkataan kekasih hati yang belum halal itu menjadi bukti jauhnya daripada Allah SWT. Sepatutnya cinta kita ini subur sepenuhnya kepada Maha Pemurah itu.

Jawapan yang sering didengari apabila ditanyakan tentang cara membuktikan rasa syukur ialah mengucapkan Alhamdillah. Tanpa disedari acap kali kita menggunakan nikmat lisan dengan mengungkapkan kata-kata kesat. Adakala kita memohon bantuan orang lain tetapi services yang diberikan mungkin tidak berapa baik. Mulalah kita 'naik angin' lalu mencarut-carut sedangkan orang itu telah cuba untuk membantu sebaik mungkin. Hal ini kerana kita tidak menyedari bahawa segala perkara yang dilakukan oleh manusia ini merupakan ketentuan Allah. Manusia memang tidak lari daripada kekurangan. Kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq : "Orang yang tidak berteima kasih kepada insan,mereka tidak berterima kasih kepada Tuhannya". Oleh itu berterima kasihlah kepada sesiapa pun yang telah membantu kita.

Baiklah,segala yang baik daripada Allah dan yang buruk itu perlu disandarkan kepada kekurangan saya. Sekian, wa billahi tawfiq wa hidayah wasalamualaikum warahmatullah,

Ukhuwwah Fillah

Posted by Nahdia Roslizar on December 12, 2010 at 8:56 PM Comments comments (1)

Rasulullah saw bersabda :

 

"Pada hari kiamat nanti Allah akan membangkitkan beberapa kaum; di wajah mereka terdapat

cahaya; mereka berada di atas mimbar-mimbar yang diperbuat dari permata. Orang-orang ingin kepadanya, padahal mereka bukan para Nabi dan bukan pula syuhada’."

 

Abu Darda' berkata, "Seorang Arab Badui tiba-tiba berlutut dan berkata, 'Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami sehingga kami dapat mengenali mereka.'

 

Rasulullah saw bersabda :

 

'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, dari kabilah dan negara yang berbeza-beza, berkumpul untuk melakukan zikrullah.'" (HR Thabrani dengan sanad Hasan)

 

Seorang muslim yang mempunyai asas hati yang bersih ketika membaca hadits ini dengan kehalusan perasaan dan kesedaran hati nurani tentu merasa takjub dengan anugerah ilahiah itu.

 

Suatu anugerah yang hanya diberikan Allah kepada orang-orang tertentu; bukan para Nabi dan bukan pula para syuhada’, namun orang lain ingin sekali menjadi seperti mereka kerana kedudukannya di sisi Allah swt.

 

Sifat-sifat mulia yang dapat mengangkat darjat pemiliknya ini mampu menggerakkan perasaan seorang Badui, hingga ia bertanya kepada Rasulullah saw agar lebih mengenali mereka, tertarik lalu mencintai mereka. Juga agar ia dapat membantu mereka dalam menegakkan kebenaran.

 

Rasulullah saw menjelaskan, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, dari kabilah dan negara yang berbeza-beza, berkumpul untuk melakukan zikrullah."

 

Rasulullah saw telah memudahkan jalan untuk mereka agar :

 

1. Hati dapat bertemu dengan hati.

2. Ruh saling berpelukan.

3. Nurani terpaut dengan nurani.

4. Perasaan pun menjadi terikat. 


 

 

Inilah cara dakwah yang bijak yang akan menjadikan hati orang-orang yang beriman berdebar-debar kerana rindu dan ingin bertemu dengan saudara-saudara mereka tercinta.

 

Alangkah agungnya perkataan orang Badui itu, "Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami sehingga kami dapat mengenali mereka."

 

Setiap kali Rasulullah saw menjelaskan sifat-sifat mereka yang luhur dan akhlaknya yang tinggi, setiap kali pula kerinduan itu bertambah, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits :

 

"Ruh adalah satu pasukan yang mantap: yang saling mengenal akan saling terikat, yang saling mengingkari akan bercerai-berai."

 

Pendakwah yang dibimbing dengan pertolongan Allah sentiasa mendukung berbagai kebaikan, keutamaan dan akhlak mulia samada yang wujud pada saudaranya sendiri ataupun pada yang lain, sehingga ia sendiri menjadi penganjur dan penyeru kepadanya.

 

Dengan itulah ia menjadi perantara yang menghantarkannya ke hati mereka.

 

Ada sebuah syair yang menuturkan:

 

“Saya mencintainya sebelum melihat

Kerana indahnya sifat yang disebut

 

Seperti syurga yang dicintai

Kerana keindahannya, meskipun belum diungkap oleh pancaindera”


 

 

Moga kita berada di dalam golongan yang saling mencintai kerana Allah, walaupun tidak sampai setahun tetapi kita berkumpul untuk melakukan zikrullah.. InsyaAllah...

 

 



Rss_feed

MENGHITUNG PELAWAT

Recent Videos

257 views - 0 comments
465 views - 0 comments
267 views - 0 comments